Ahad, 19 Februari 2017

JOM BERKENALAN SEKALI LAGI

Assalamualaikum dan Salam Berkenalan  

Selamat datang dan terima kasih akak ucapkan pada semua yang telah sudi melayari blog akak ini.  Blog akak ini tak adalah yang menarik jika nak di bandingkan dengan blog-blog yang di tulis oleh otai-otai dalam penulisan.  Namun InsyaAllah, apa yang terlintas di fikiran maka itulah yang di notakan di alam maya ni.


Serba sedikit tentang diri akak; nama diberi Rozaina binti Ibrahim, usia akak awal 50an, isteri kepada en suami yang sangat penyayang dan ummi yang penyayang  kepada seorang putera dan puteri yang Alhamdulillah sentiasa menyejukkan hati bonda mereka.  

Sejak kecil bercita-cita ingin menjadi penulis tapi setakat berimpian saja kerana tak pernah di susuli dengan kesungguhan dan sentiasa beralasan.  Namun impian itu tetap di simpan rapi dan semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti walaupun usia sudah menjangkau senja.

Tak ada yang menarik tentang kisah hidup akak.  Akak seperti orang lain juga, adalah seorang pekerja yang di salah sebuah syarikat perumahan di sebuah bandar yang kedua besarnya di negeri Kedah.  Selain bekerja akak juga telah beberapa tahun menjinakkan diri di dalam bidang perniagaan dan perniagaannya lebih kepada online kerana kekangan masa sebagai pekerja.  Usia perniagaan yang setahun jagung dan masih bertatih untuk mencari apakah bsiness yang sesuai  dan serasi dengan jiwa.  Tak semestinya bila kita lihat seseorang itu berjaya di dalam perniagaan mereka maka business itu sesuai dengan kita...setiap dari kita punya minat, kecenderungan, kepakaran, kebolehan dan passion yang berbeza..maka perlulah di gali dan di cari sehingga satu hari nanti InsyaAllah Allah akan temukan kita dengan bisnes apa yang paling secocok dengan diri kita.  Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.  Jangan pernah mengalah kerana pada saat anda mula merasa lelah dan mengambil keputusan untuk mengalah, maka pada saat itulah sebenarnya anda hanya setapak saja lagi untuk meraikan kemenangan.  Believe in yourself and Believe in your product.

Dalam bisnes pelbagai rangkaian homemade produk akak jual, kebetulan adik akak menghasilkan sendiri produk-produk homemade untuk SPA beliau jadi akak promote dan juallah produk-produk beliau seperti sabun untuk doorgift, mandian aromaterapi, mandian bidara, set penjagaan kulit yang berasakan kunyit, kerusi bertangas dan yang paling terlajak laris selain daripada Bidara Shower Gel ialah Jus Kunyit Asam Sireh dan De'Kocek Perfume Inspired by Gucci Flora.   

Untuk makluman, semua produk-produk ini kami jual secara runcit dan borong.  Pada yang berminat untuk rebranding ke jenama sendiri juga sangat di alu-alukan.  Selain produk-produk di atas semenjak dua menjak ni hati tertarik pula dengan inspired perfume...suka wangi-wangi laa tuee...maka terjebaklah pula menjual perfume De'Xandra yang sekarang sudah menjadi fenomena di Malaysia.

Pada yang mencari-cari produk untuk di jual atau dipasarkan bolehlah hubungi akak di talian 0194733064.  InsyaAllah rezeki yang sedikit sama di kongsi dan rezeki yang banyak sama di bahagi.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan