Selasa, 29 September 2015

SRI AURA BEAUTY & SPA - KENALI KAMI

Kami bermula dari KOSONG,  hanya berbekalkan minat yang di pupuk dari kunjungan-kunjungan ke SPA –SPA di sekitar Sungai Petani. 

Dari minat yang mendalam itu kami terjun kepada  perkhidmatan di rumah atau  ‘HomeSPA’ dan apabila pelanggan semakin berkembang kami melangkah setapak kepada memberikan perkhidmatan ke rumah-rumah-rumah pelanggan pula ataupun  ‘MobileSPA’.  Alhamdulillah dengan modal yang sedikit tapi dengan azam dan semangat yang tak pernah gentar walaupun tahu banyak risiko yang terpaksa di tanggung andainya tersalah langkah, kami memberanikan diri membukan SPA sendiri di salah sebuah Komplek Perniagaan di bandar Sungai Petani.  Dengan azam, sekali dah melangkah tak mungkin kami akan berpatah balik.  Perjuangan harus di teruskan tanpa ada rasa mengalah dan putus-asa.

Dari menjadi agen-agen untuk pelbagai  produk orang lain kini Alhamdulillah kami sudah mempunyai rangkai produk sendiri.

Walaupun bisnes SPA  dan produk-produk kami  masih setahun jagung dan masih belum dikenali tapi kami sangat yakin dengan  rahmat Allah, sangat yakin dengan aturan Allah, sangat yakin juga  dengan rezeki dari Allah yg bukan saja untuk kami dua beradik tetapi rezeki ini untuk kami sama-sama berkongsi dengan mereka-mereka yang sudi bersama-sama kami dalam memasarkan rangkaian produk kami sebagai agen-agen kami.

Selain produk-produk  sendiri yang menggunakan jenama “SRI AURA”  kami masih juga tetap setia memasarkan produk-produk  lain yang kami sangat  yakin ada kelebihannya tersendiri.

BERNIAGA SECARA BERJEMAAH,  itulah MISI kami.  Rezeki yang sedikit ingin sama-sama di kongsi & yang banyak  sama-sama di bahagi. Saling membantu dalam perniagaan  serta berniaga kerana Allah & di Jalan Allah.

#PRODUK SRI AURA
Untuk makluman, semua produk SRI AURA, kami menawarkan jualan  secara runcit, borong dan juga untuk  penjenamaan sendiri.   Kami menjual secara online & offline di SPA kami & melalui agen-agen dan  rakaniaga kami di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Brunie.  Alhamdulillah semua rakan-rakanniaga kami  memang  hebat-hebat  belaka.

#SERVIS SPA
Semua Servis di SPA adalah di bawah pengurusan Pn Nani, atau FBnya Kosmetik & Kosmetik Dan Rawatan Resdung.  Semua servis yang ditawarkan adalah pada harga  yang sangat minima kerana matlamat kami untuk membantu semua wanita cantik & sihat di mata orang yang tersayang tanpa perlu berbelanja besar kerana kami ada prduk untuk mereka lakukan DIY Spa di rumah ataupun mereka boleh sahaja dptkan servis dari kami dengan budget yang mereka mampu. Servis rawatan kami adalah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. BerSPA, Berurut, Berlulur, Bertangas, Berfacial, Facial Resdung, cakap saja semua tersedia untuk pelanggan yang kami sayangi.

Walaupun jalannya tak selalu mudah tapi rencana Allah tetap yang terbaik.  InsyaAllah.  Bergantung haraplah pada Allah swt sepenuhnya.

Pada mereka yang masih mencari-cari  peluang biz, sudi-sudkan  hubuniga kami di talian  019-4763064 @ 012-5734408  kerana kami sedia mendengar & membantu sekadar yg termampu. InsyaAllah


Pada yang nak membeli produk atau mendapatkan servis di Spa bolehlan whatsapp Pn Nani at 012-5734408 utk temujanji.





SERBUK AJAIB RESDUNG

SERBUK AJAIB RESDUNG  adalah serbuk yang mampu membuang lendir resdung, asma dan migrain.  Terdapat dua kaedah penggunaan Serbuk Ajaib Resdung ini :-

1.   KAEDAH TITIS
Bagi memudahkan lendir di keluarkan selain dari cara menyedut melalui rongga hidung, anda boleh melakukan melalui kaedah titis, anda hanya perlu menambah sedikit air kedalam  serbuk ajaib resdung (sesudu air suam dan sedikit serbuk  di larutkan) setelah  campuran sebati kemudian  titiskan sedikit ke dalam rongga hidung anda dan tundukkan kepala) lendir akan keluar melalui rongga hidung  atau mulut iaitu muntah.
Lakukan sebanyak 1 kali sehari dan di lakukan berselang hari, sebagai  contoh,  jika anda lakukan pada hari ini maka perlu di lakukan pada hari lusa pula sekali lagi.
Lakukan kaedah ini  sehingga lendir betul-betul telah tiada dan hentikan setelah tiada lagi lendir. Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke atas boleh menggunakan kaedah ini.  Namun harus di ingat kaedah ini tidak sesuai untuk  wanita hamil.

2.   KAEDAH SEDUT
Anda perlulah selawat terlebih dahulu bagi yang beragama islam.
Coletkan sedikit serbuk di hujung jari dan sedut sedikit secara perlahan- lahan.Tundukkan sedikit badan ke hadapan dan tundukkan kepala anda.Lakukan urutan dari pangkal kening hingga ke hujung hidung.
Gunakan 2 kali sehari dan  berselang hari. Kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas  dan wanita hamil melebihih 7 bulan boleh menggunakan kaedah ini.

Tiada pantang untuk pengunaan serbuk ini.
Elakkan dari di langkah.
Jangan minum minuman berais selepas rawatan selama sejam

Kesan pengunaan serbuk ini boleh dirasakan serta merta.

Harga :
Semenanjung Rm 50.00
Sabah/Sarawak Rm 60.00

Sebotol boleh di gunakan untuk 35-50 orang atau 35-50 kali


Untuk mendapatkan produk boleh hubungi kami di talian 019-4763064 / 012-5734408 (Pn Ana / Pn Nani)



Jumaat, 18 September 2015

Sabun Garam Bukit

Sabun garam Bukit Tulen penuh dengan khasiat mineral semulajadi. Tekapkan muka atau badan anda dengan Sabun Garam Bukit Tulen bagi menyerlahkan lagi kulit yang sihat dan bermaya. Sabun ini tidak menghasilkan buih ataupun bau.  

 Sabun Garam Bukit Tulen ini juga boleh digunakan bagi:- 
- Mempercepatkan proses mengeluarkan sel-sel kulit yang mati. 
- Melembab dan melembutkan kulit. 
- Mengurangkan kesan jerawat/parut di muka. 
- Merangsang kulit mengeluarkan sel-sel yang baru. 
- Menambahkan vitamin semulajadi kepada kulit. 
- Menjadikan kulit nampak lebih sihat dan muda. 
- Menghilangkan kegatalan. 
- untuk resdung... Gosok di tangan dan di sapu di muka, leher, telinga, tengkok dsb... 

Cara-cara Menggunakan Sabun Garam Bukit 
Bersihkan muka dengan air bersih dan tekap permukaan sabun yang telah dibasahkan. Biarkan kering selama 5 - 10 minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya di lakukan di waktu pagi dan di waktu malam sebelum hendak tidur.

Kebaikan
1. Melembut & mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
2. Mencerahkan kulit serta mengembalikan keremajaan tubuh badan
3. Membuang kekotoran,toksin & sel-sel kulit mati
4. Melancarkan peredaran darah & menenangkan fikiran
5. Merawat masalah kulit seperti jerawat, parut dll.


HARGA BORONG SABUN GARAM BUKIT HIMALAYA

1-10 ketul
RM3.50/ketul + Kos Pos  RM10.00(SM) dan  RM20.00 (SS)

11-20 ketul
RM3.20/ketul   + Kos Pos Parcel RM16.00 (SM) dan  RM40.00 (SS)

21-50 ketul
RM2.90/ketul + Kos Pos Parcel RM40.00 (SM) dan RM83.00(SS)

51-100 ketul
RM2.60/ketul + Kos  Pos Parcel RM80.00(SM) dan RM160.00(SS)

Berminat boleh hubungi : 019-4763064 atau 012-5734408 (Pn Ana atau Pn Nani)




BORONG GARAM BUKIT HIMALAYA

Sri Aura  SPA menawarkan HARGA BORONG untuk Garam Bukit Himalaya  seperti berikut :-

Garam Bukit untuk Masakan, Rendaman Kaki dan Mandian
Berat :  500 gram

1- 10 pek
RM2.80/pek  +  Kos Pos RM13.00 (SM) dan RM30.00 (SS)

11 -20 pek
RM2.50/pek + Kos Pos RM20.00 (SM) dan RM53.00(SS)

21 – 50 pek
RM2.20/pek  +  Kos Pos  RM50.00(SM)  dan RM130.00 (SS)

51- 100 pek

RM2.00/pek   +  Kos Pos  RM100.00 (SM) dan  RM260.00 (SS)

Boleh hubungi : 019-4763064 atau 012-5734408 (Pn Ana atau Pn Nani)


KEBAIKKAN GARAM BUKIT UNTUK MAKANAN & MASAKAN

Garam Bukit Untuk Makanan & Masakan
 1.Membantu mengatasi penyakit kencing manis & darah tinggi
 2.Membantu meningkat & menguatkan sistem penghadaman
 3.Menambah kandungan oksigen dalam darah
 4.Membantu penyerapan toksid, gas & asid dalam badan
 5.Meningkatkan tahap ketahanan badan

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Struktur atom garam bukit bukan berbentuk molekul, tetapi berbentuk caj letrik dan mampu membebaskan tenaga dalam badan dan membantu dalam proses metabolisma. Kekurangan garam ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga dan sistem saraf badan juga akan terjejas. Kerana garam bukit ini garam semulajadi, badan tidak akan menolaknya keluar sebaliknya akan menerima kehadirannya di dalam badan. Oleh itu air di dalam sel badan tidak akan mengalir keluar dari sel untuk meneutralkan garam tersebut dan keseimbangan air dalam tubuh dapat dikekalkan.

 Kebaikan menggunakan garam bukit untuk masakan:
 - Holistik
 - Lebih mineral
 - Sumber semulajadi
 - Kristal paling seimbang
 - Tiada bahan pewarna
 - Tidak tercemar
 - Tidak di ubahsuai
 - Tiada bahan bertoksin
 - Garam gred paling tinggi

 - Masakan paling berperisa
KELEBIHAN GARAM BUKIT RENDAM KAKI

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout


 Kami menjual secara runcit dan borong.  Whatsapp  : 019-4763064 / 012-5734408



KEBAIKAN GARAM BUKIT

Tahukah anda antara kebaikan Garam Bukit adalah :-

• Mengandungi 84 jenis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.

• Mengimbangkan tekanan darah.

 • Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.

• Menguatkan struktur tulang (kalsium).

• Kardiovaskular.

• Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang

• Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman

• Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah

• Menganjalkan saluran darah

• Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah

• Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang

• Melaraskan kelancaran sistem saraf

• Membantu pembaharuan semula sel-sel

• Membantu pergerakan otot-otot usus

• Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna

• Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral

• Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna

• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit

• Membantu menguatkan tenaga batin jika digunakan secara berterusan dan anda dinasihatkan untuk tidak mencampurkan garam bukit dengan garam biasa.Garam biasa mempunyai sodium yang tinggi tidak sesuai sebagai penawar

Untuk keterangan lanjut..boleh pm/whatsapp 019-4763064 / 012-5734408

Penghantaran melalui khidmat poslaju atau COD di sekitar Sg Petani, Bedong dan Gurun.




GARAM BUKIT SEBAGAI PENAWAR

Munuman air garam sebagai penawar ?????

Anda mungkin tertanya-tanya,   boleh ke garam makan dibuat sebagai minuman?.

Jawapannya ialah :-
Garam makan himalaya ini memang  boleh dijadikan sebagai minuman diawal pagi untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis, masalah usus dan lain-lain lagi..

Caranya:
Satu sudu teh garam makan himalaya di bancuh dengan secawan air kosong..

Garam bukit himalaya bukan seperti garam makan biasa ianya mengandungi  84 kandungan mineral semula jadi.


Ahad, 13 September 2015

MANDIAN AROMATHERAPHY SRI AURA

Sangat mudah untuk melakukan sendiri mandian aromatheraphy di rumah dengan pembelian 
Rangkaian Aromatheraphy dari Sri Aura 


1 botol boleh digunakn utk 28-30 kali...


Rawatan Resdung Aromatheraphy

Anda mengalami simpton2 berikut ?????

* Kerap bersin
* Hidung berair/tersumbat
* Gatal mata /telinga / hidung
* Sakit kepala
* Dan lain-lain

Kami sedia membantu anda....

Dapatkan RAWATAN RESDUNG AROMATHERAPHY daripada kami...

Rasai kelainan selepas rawatan...
Puan Nani
Terapi SRI AURA SPA
SP Plaza
0125734408
INILAH  HAMA RESDUNG PADA MUKA


JERAWAT AKIBAT RESDUNG

Jumaat, 11 September 2015

Chocolate Cheese Cake

Walaupun ‘baking’ adalah antara ‘passion’ yang memang tersemat dalam diri tapi telah lama di abaikan, bukan kerana  minat tu dah  pudar tapi alasan tak punya masa selalu mengukuhkan lagi hasrat untuk tidak membuat kek dan biskut.

Tapi semenjak  terjebak menjual tepung kek segera, minat tu muncul kembali kerana setiap kali membuat kek hasilnya selain sedap, rupanya juga cantik dan sedap mata memandang, jadi semangat untuk ‘baking’ mulalah meluap-luap.

Last week buat Chocolate Cheese Cake  yang di ajar oleh seorang rakan, menjadi pula dan En Suami pun bagi compliment sebab sedap, maka di hatipun berbunga-bungalah bangga.  Lumrah sebagai manusia kan memang suka di puji.  Semakin di puji semakinlah dia ingin menunjukkan kehebatannya

Di sini akak kongsikan resepi yang sangat mudah  ini dan bahan-bahannya juga boleh di dapati di dapur sahaja.

RESEPI :  CHOCOLATE CHEESE CAKE

Bahan-bahan Untuk Membuat  Kek Cokelat:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3/4 cawan tepung  gandum (diayak bersama soda bikorbonat dan serbuk penaik))
 satu sudu kecil soda bikarbonat
 satu sudu kecil baking powder
 4 biji telur gred B

Bahan-bahan Untuk Membuat Cheese Cake :
1 buku cream cheese (akak guna yang dibeli di kedai kek sahaja)
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu besar tepung
1 sudu besar air

Cara membuat kek  cokelat :
Step 1
Gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak  dicampur di dalam periuk  dan di masak di atas api yang sederhana.  Kacaulah adunan  sehingga semua bahan sebati dan kelihatan  berkilat. Bila dah berkilat padamkan api dan biarkan adunan sejuk seketika.

Di dalam bekas yang lain untuk langkah kedua.  Di masa yang sama, bolehlah di panaskan periuk pengukus  dan sapukan loyang kek dengan marjerin.

Step 2
1.  Pukul telur  berselang-seli dengan adunan tepung  sebati  dan kembang.
2.  Masukkan adunan  yang telah di masak di atas api tadi (adunan seperti di Step 1)
3.  Asingkan  adunan kek cokelat ini menjadi 2 bahagian.
4.  Kukus 1 bahagian adunan kek tersebut  selama lebih kurang 15 minit.
    
Sementara menunggu adunan tersebut masak, bolehlah  prepare Cheese  kek pula.

Cara Membuat  Cheese Kek:
Step 3
[Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk]

Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau sedikit, kemudian masukkan gula kastor dan kacau lagi, diikuti dengan memasukkan telur, tepung gandum dan air.  Kacau sehingga semua bahan sebati.

Di masa yang sama bolehlah periksa samada kek yang di kukus tadi dah masak atau belum, gunakan lidi atau garfu untuk periksa samada dah masak atau belum.

Kalau bahagian pertama kek cokelat yang di kukus itu dah masak, ambil adunan  cheese kek yang dah di pukul tadi  dan lapiskan  keatas kek  yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit ataupun sampai masak.

Bila lapisan cheese kek telah masak, lapiskan baki bahagian kek cokelat  ke atasnya dan kukus lagi selama 15 minit ataupun sehingga masak.


Apabila dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan sejukkan.  Untuk lebih sedap, selepas sejuk masukkan kek tadi ke dalam peti sejuk  dan sangat enak di makan sejuk atau selepas dikeluarkan dari peti sejuk.





Khamis, 10 September 2015

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan

Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

*** Sila Copy Paste Doa Ini Untuk Kegunaan Anda. Sila Sebarkan Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain.

Saya Halalkan.

Doa ini ditulis oleh saya, Mohd Firdaus Mat Saad, bekas pelajar terbaik Department Electrical Engineering, University of Sheffield. United Kingdom.

Tips Penjagaan Miss V


Bahagian anggota sulit wanita yang sangat perlu di jaga kebersihannya untuk mengelakkannya dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, lembab, mengundang lain-lain penyakit kewanitaan.

1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Wanita yang mengalami keputihan perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal  boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

6) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

7) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

8) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

9) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya. Namun terdapa banyak petua-petua traditional yang dapat di buat sendiri dengan menggunakan bahan alami.



...jagalah diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...

MELULUR DAN FAKTA KECANTIKAN KULIT


Fakta kecantikan tentang Melulur :

Kulit yang terdedah  tanpa rawatan kecantikan seperti melulur ataupun menyental akan mengakibatkan tona warna kulit menjadi semakin pudar, kusam serta kelihatan gelap walaupun pada mereka yang berkulit cerah, terutamanynya bagi wanita-wanita yang tinggal di negara beriklim panas seperti Malaysia.

Melulur sangatlah di sarankan kerana melulur dapat mencerahkan  kulit  secara semulajadi.  Banyak cara dan petua  tradisi yang digunakan oleh nenek-moyang kita untuk membuat lulur dengan menggunakan bahan semulajadi atau bahan alami.  Antaranya ialah beras, beras pulut, biji kopi, kunyit hidup, asam jawa, kacang hijau, kulit kayu manis, santan, hampas kelapa, jambu batu dan lain-lain lagi yang hampir kesemuanya  sangat mudah di dapati di rumah.


Bahan-bahan semulajadi atau alami ini juga mempunyai fungsi yang berbeza untuk merawat pelbagai masalah kulit, contohnya beras pulut memang sudah terkenal sebagai agen pemutih manakala hampas kelapa terkenal untuk  melembapkan dan mengatasi masalah kulit kering ataupun kulit bermasalah.  Manakala penggunaan lulur yang di perbuat dari kacang hijau, kopi dan kulit kayu  manis pula adalah untuk mereka yang mengatasi 

MELULUR : CARA TRADISI

Di zaman nenek moyang  kita, mereka menggunakan bahan alami atau semulajadi untuk melulur dan mengatasi masalah kulit dan semua bahan yang mereka gunakan seringkali boleh di dapati di rumah sahaja. Antara bahan yang di gunakan adalah :-

Kunyit  Hidup  dan  Beras
* Kunyit hidup di kisar bersama beras  untuk memutihkan  kulit.

Hampas Kelapa
* Sebagai agen penyental  untuk mengatasi masalah  kulit kering dan bersisik.

Beras Pulut
* Dikisar  dan disental  untuk melicin dan memutihkan  kulit.

Asam Jawa dan Beras
* Air asam jawa dicampur  dengan  beras yang dikisar untuk mencerahkan kulit gelap akibat terdedah kepada matahari.

Biji Kopi Atau Serbuk Kopi
* Biji kopi di kisar dan  disental pada  bahagian  tubuh  yang  gelap terutama  kawasan leher, ketiak dan celah peha.  Juga boleh di sental di tapak tangan untuk melembutkannya

Nenas
* Nenas yang  di parut  disental  pada  tubuh yang  kasar dan gelap  seperti siku, lutut dan buku lali.

Garam Bukit Halus
* Menyental  garam bukit halus  di badan dapat menyingkir sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Kacang hijau
* Kacang hijau yang di kisar dapat  menghaluskan kulit dan menjadikan tona kulit kembali  sekata.

Daun Jambu Batu
* Daun jambu batu yang digiling dapat menghalus,  membersihkan  kulit dan mengatasi  masalah jerawat badan.

Serbuk kayu manis

* Menyental serbuk kayu manis dapat  membersihkan tubuh dan memudarkan kesan parut ataupun bekas jerwat di muka.

Kepentingan Melulur

 Melulur membantu untuk .... 
* Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
* Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
* Menghilangkan warna kulit berbelang.
* Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
* Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.

* Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Fakta tentang  Scrub atau Lulur Homemade
* Tidak menggunakan  bahan kimia
* Mampu menanggalkan sel-sel mati pada kulit
* Kulit menjadi lebih halus, gebu dan lembut
* Menggunakan bahan alami yang lebih selamat pada kulit

Selasa, 8 September 2015

SET RESDUNG AROMATHERAPHY

InsyaAllah semoga dipermudahkan oleh Allah swt
Minggu depan akan keluar untuk pasaran Set Resdung Aromatheraphy Sri Aura

Set terdiri daripada
* Corong Resdung Aromatheraphy (Lavender, Ros & Kulit Kayu Manis)
* Sabun Resdung : Kulit Kayu Manis
* Masker Resdung : Kulit Kayu Manis
* Pil Resdung

Syukur Ya Allah, mengilhamkan kami idea untuk pengeluaran produk demi produk 
Terima Kasih Allah
[gambar  contoh corong resdung]

TESTIMONI ; PRODUK SRI AURA BEAUTY & SPA

Sebahagian dari TESTIMONI Pelanggan Sri Aura Beauty & SPA















Apakah Ukuran Kebahagiaan

Bahagia itu bukan di ukur dengan rumah mewah yang didiami dan dimiliki
Bahagia juga bukan dilihat dari kereta mewah yang menjalar
Bahagia tidak dapat di ukur dengan harta dan kekayaan yang dimiliki
Bahagia juga tidak terletak kepada pangkat dan darjat yang di sandang
Bahagia tidak juga pada ramainya anak yang menjadi pelengkap sebuah keluarga
Bahagia juga bukan pada tingginya pelajaran yang dicapai
Bahagia pun bukan terletak pada kecantikan atau ketampanan pasangan yang didampingi
Tetapi BAHAGIA itu HADIR
Apabila kita REDHA dan SYUKUR dengan segala kurniaan Allah swt

Nikmat Allah

Hitungkan nikmat Allah swt
InsyaAllah kita akan nampak
Lebih banyak nikmat Allah swt
Yang boleh kita Syukuri
Hasilnya nanti InsyaAllah
Kita akan dapat lebih banyak lagi
Nikmat daripada Allah swt

SET CAHAYA BIDARA

Bila berdepan dengan  situasi yang tak menyenangkan.  

Dengan izin Allah, inilah penyelamat...
 " PATI CAHAYA BIDARA, SHOWER GEL CAHAYA BIDARA, GARAM BUKIT"


Syukur Alhamdullilah....mendapat  kesan positif dari pengalaman sendiri dan  juga testimoni dari pelanggan-pelanggan yang mendapat manafaat dari produk Cahaya Bidara kami.

Untuk dapatkan produk, boleh hubungi 019-4763064 atau 012-5734408


Isnin, 7 September 2015

FOOT SPA



Kelebihan rendam kaki garam/aromaterapi/ herba/ice cooling

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan
 2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
 3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
 4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
 5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
 6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
 7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
 8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
 9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Pelbagai  rawatan rendaman kaki  terdapat di SPA kami antaranya  :-

Rendam kaki garam/aromaterapi
Rendaman kaki berherba
Rendaman kaki ice cooling
Rendaman kaki redakan tekanan darah tinggi.


Setiap rendaman selama 15-20 minit

Kebas dan Badan Lesu

Anda menghadapi  masaalah berikut :-
 ~ kebas-kebas kaki. ??
 ~ sengal-sengal ??
 ~ kaki selalu bengkak2 ??
 ~ tumit dan ibu jari sakit ??
 ~ selalu kejang kaki ??
 ~ badan lesu lemah2 ??
 ~ selalu tension / stress ??


Kami sedia membantu anda untuk menyelesaikannya  dengan Sauna  Herba dan Rendaman Kaki.! 

Konsultasi Terapi Kecantikan
Sri Aura Beauty & SPA
Pn Nani
012-5734408

HARUM dan KETATkan 'MISS V'


Tahukah anda dengan bertangas, dapat merawat dan menyihatkan badan sekaligus memberikan kebaikkan kepada alat sulit wanita. Penjagaan tempat sulit adalah paling penting buat wanita khususnya kepada mereka yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya amalan bertangas ini di amalkan ketika wanita dalam pantang.

Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap. Tidak terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas pantang bersalin, namun sebenarnya bagus dijadikan amalan setiap kali selepas haid. Bertangas akan membantu mengeluarkan peluh dan menyebabkan toksin keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan kemutan faraj dan rahim.

Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Biasanya terdapat dalam dua jenis iaitu bertangas kering dan basah. Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ianya hanya menggunakan ARANG TANGAS yang dibakar menjadi bara dan ditaburkan pek REMPAH RATUS WANGI yang telah diadun dengan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke-30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat membantu mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid, boleh dilakukan selepas hari keenam, selama tiga ke tujuh hari.

Bertangas basah pula menggunakan pek ramuan REMPAH RATUS TANGAS yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mulakan rawatan selepas hari ke-40 iaitu selepas tangas kering dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas darah kering juga. Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit.

Rawatan juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim. Bertangas perlu dilakukan dengan menyelubung seluruh badan dengan SARUNG TANGAS dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.

Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dipermodenkan. Antara herba pilihan yang terkandung seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli.

Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya wap air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.

Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit mengikut kehendak individu dan seeloknya dilakukan sekerap dua kali sebulan atau seminggu sekali. Campuran herba tersebut dipercayai mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan faraj, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksimum kepada hubungan seksual pasangan suami isteri.

Sememangnya rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah serta tidak mengambil masa yang lama.

Namun wanita moden sekarang ramai yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan rawatan dalaman ini yang boleh membawa kesejahteraan rumahtangga dan kesihatan serta kebersihan diri.

Justeru rawatan tradisional ini sangat bagus diamalkan walaupun zaman sudah berubah. Sebagai wanita anda patut mencubanya!

Hubungi Terapi Kecantikan Anda
Pn Nani
012 5734408, 

BERTANGAS ( VAGINA SPA )


BERTANGAS UNTUK KESIHATAN DALAMAN GADIS DAN WANITA
=======================
Bukan khusus untuk wanita  lepas berpantang Tapi di galakkan untuk semua wanita  melakukannya sekurang-kurangnya  sebulan sekali  Kebersihan dalaman perlu di beri perhatian kerana itulah punca 'sakit puan' .

Anda hadapi masaalah :
Sengugut (period pain) ??
Kegatalan, keputihan??
Masaalah keintiman ??
Masalah vagina berbau ??

Kelebihan bertangas :
# Rawatan bagi wanita selepas bersalin
# Melancarkan proses haid wanita# Mengurangkan keputihan dan alahan vagin
# Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
# Mengeluarkan toksin dalam tubuh
# Melancarkan pengaliran darah

Amalan bertangas  ini sangat di sarankan  kepada individu wanita tidak mengira usia.  Bertangas juga menjadi pilihan remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.

Bertangas juga  sangat di galakkan kepada wanita yang  di dalam proses  manapous atau putus haid.  Selain itu bertangas  dapat membantu untuk  mengetatkan saluran vagina yang longgar selain mengubati masalah kedatangan haid yang panjang serta menaikkan rahim jyang jatuh .

Namun, bagi anak gadis  yang bakal mendirikan rumah tangga, bertangas wangi  sangat baik dilakukan tiga hari sebelum menjelang hari bahagia.

Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit. Jika tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain mengeluarkan bau tidak menyenangkan.


Jadikanlah bertangas sebagai  amalan bulanan setiap wanita.