Sabtu, 29 Ogos 2015

WANITA & SPA : KEPENTINGAN BERTANGAS UNTUK WANITA

Teks : Rozaina Ibrahim 
Foto : Album Srisari Herbs
[Entri : 43]

Pernahkah anda Bertangas?
Jika pernah berapa kalikah kekerapannya?

Pada permulaan akak memulakan bisness SPA, apabila di tanya pada pelanggan tentang bertangas, ramai di antaranya hanya menjawab tidak pernah dan kalau ada yang pernah pun mereka hanya  melakukannya  selepas bersalin.

Akakpun memang tidak ada langsung ilmu tentang kebaikan dan perlunya bertangas bagi wanita sehinggalah akak  mulakan bisness SPA ini, barulah tahu tentang kebaikan dan perlunya kita bertangas.

Bertangas ni seelok-eloknya di lakukan  seminggu selepas haid berhenti.  Di galakkan untuk melakukannya sebulan sekali tetapi kalau rajin tak salah untuk melakukannya beberapa kali sebulan.  Bertangas bukan sahaja elok di lakukan oleh wanita yang sudah berumah-tangga, tetapi anak dara yang mengalami masalah keputihan juga di galakkan untuk bertangas.

Akak kongsikan di sini tentang kebaikan bertangas :
* Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan pada Miss V
* Mengatasi masalah keputihan
* Mengetatkan otot vagina
* Mengetatkan pintu rahim
* Memberi kepuasan pada suami
* Memudakan mahkota wanita itu

Tips DIY Bertangas
* Rebus beberapa helaian daun sireh dan manjakani atau
* Rebus manjakani sahaja atau
* Rebus asam keping atau
* Rebus daun sireh, asam keping, manjakani dan garam kasar atau
* Beli herba tangas yang banyak di jual di toko-toko jamu

Anda boleh memilih salah satu cara air rebusan di atas untuk bertangas di rumah. dan tak perlu ke SPA kerana anda boleh melakukannya mengikut keselesaan masa anda.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan