Isnin, 17 Ogos 2015

SRI AURA BEAUTY & SPA - Kami Ingin Berkongsi Rezeki

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Rozaina Ibrahim
[Entri 4]


Sri Aura Beauty & SPA telah di tubuhkan pada Februari 2014, bermula daripada menawarkan  servis 'HomeSPA' di rumah, melangkah ke kedai yang terletak di salah sebuah Kompleks Perniagaan di bandar kecil Sungai Petani, Kedah.

Walaupun usia perniagaan SPA ini baru sahaja setahun jagung namun realitinya setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya dan pasti ada onak-ranjaunya yang terpaksa di lalui namun setiap pengalaman yang pahit itu kami terima sebagai pengalaman yang indah untuk mengajar kami untuk menjadi lebih kuat dan semua pengalaman manis pula kami terima sebagai pemangkin semangat untuk berusaha dengan lebih kuat lagi.

Alhamdulillah walaupun banyak cabaran, banyak persaingan kami kini mampu berbangga kerana dari zero kami kini telah mempunyai beberapa produk homemade sendiri dan sejak beberapa minggu yang lepas Allah memberi ilham untuk kami menjual secara borong dan menawarkan penjenamaan kepada mereka yang tiada produk tetapi ingin memiliki produk sendiri.  Kami berharap sistem jualan borong kami ini akan mendapat sambutan dari pelanggan dan mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.  InsyaAllah, matlamat kami hanyalah untuk berkongsi...'Rezeki yang sedikit sama di bahagi dan Rezeki yang banyak sama di kongsi', inilah tagline yang sering kami gunakan dalam perniagaan kami kerana kami seboleh-boleh ingin membantu seramai yang mungkin untuk bersama-sama kami membina perniagaan, biar sama-sama bermula dengan skala sedikit ataupun kecil, pasti ada cahaya kejayaan di penghujungnya.

Selain produk sendiri yang kami jual secara runcit dan borong, kami juga  menawarkan pelbagai produk SPA dari pelbagai syarikat bumiputera yang terkenal dan seringkali memuaskan hati pelanggan.

Kami menawarkan pelbagai servis rawatan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Semua servis di jalankan melalui temujanji dan 'walk-in'.  Manakala produk-produk pula kami menjual secara offline dan juga online melalui pos seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak dan Brunei.  Alhamdulillah kami mempunyai seorang Stokis yang sangat berdedikasi di Brunei.

Mandian Aromaterapi - Cahaya Bidara

Boreh warisan Nenda

Garam Herba Rendaman Kaki

Lulur Garam Aura Love Salt


Homemade Jamu Kunyit Asam Sireh

Mandian Aromaterapi - Cahaya 7 Bunga

Mandian Aroma - Cahaya Seri Malam

Rangkai Mandian Aromaterapi oleh Sri Aura Beauty & SPA

3 in 1 Shower Gel

3 in 1 Shower Gel

















Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan servis rawatan, produk-produk kami atau ingin menjadi agen-agen kami boleh menghubungi kami di talian 019-4763064 atau 012-5734408

Antara produk-produk yang kami jual :  Garam Bukit (Kasar & Halus), Mandian Aromaterapi, 3 in 1 Bidara Shower Gel, Bidara Massage Oil,  Boreh, Rangkaian Lulur, Garam Herba Rendaman Kaki dan Garam Mandian Aromaterapi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan