Isnin, 31 Ogos 2015

SPA KAKI

Kaki anda  berkerak?????
Kami ada penyelesaiannya
Bukan muka kita saja perlu di belai
Kaki juga patut kita manjakan

Setujukan anda jika saya katakan
Kaki kita adalah salah satu anggota yang tak kurang pentingnya pada tubuh badan kita
Letaknya paling bawah bukan untuk di abaikan
Di kaki jugalah terletak semua point-point penting kesihatan
Jadi ianya juga perlu di belai dan dimanjakan sesuai dengan tugasannya untuk kita



FACIAL AURA GOLD

Nak dapatkan  kesan  kulit muka glowing serta merta

Dapatkan servis Facial Aura Gold  dari kami....

Harga menarik !!!!

PERCUMA !!!!!!!!

Eye Mask




FACIAL DETOX

# 100% bahan semulajadi
# kesan serta merta
# buang toksin di muka

Nak tahu banyak mana toksin dimuka anda??

Jom dapatkan rawatan dari kami....

Harga menarik !!!!

PERCUMA !!!!!!!!

Air Detox




RESDUNG

Adakah anda mempunyai masalah tanda2 ini????

# bersin berkali2
# hidung sentiasa berair/berhingus
# hidung selalu tersumbat
# lendir di hidung dan tekak
# sakit dan rasa berat mata terutama kawasan diantara mata
# sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
# gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dsbnya

Inilah tanda2 resdung !!!!

RAWATLAH  SEBELUM PARAH...

Terdapat 3 Jenis Rawatan Redung
# Rawatan Resdung Corong Herba & Corong Aromaterapi
# Rawatan Resdung Lendir
# Rawatan Resdung Wap


Rawatan Resdung (Serius)



Rawatan Resdung Aromatheraphy

RAWATAN RESDUNG  LENDIR




Peralatan Untuk Rawatan Resdung Lendu



Sabtu, 29 Ogos 2015

WANITA & SPA : JENIS-JENIS BERTANGAS

Teks : Rozaina Ibrahim 
Foto : Carian Google
[Entri : 44]

Di sini Akak kongsikan jenis-jenis Bertangas yang boleh diamalkan  iaitu :

1.  Bertangas Basah
Sangat di galakkan untuk wanita-wanita yang sedang mengalami pra-manopous ataupun mereka yang telah manopous.  Tujuannya untuk mengemblikan "kelembapan" pada bahagian intim.

2.  Bertangas Kering
* Untuk menghilangkan keputihan
* Merapatkan rahim
* Mengecutkan segala ketumbuhan di dalam rahim (Cyst, Fibroid, Endo dan lain-lain)
* Kepuasan hubungan suami-isteri
* Untuk wanita dalam pantang
* Untuk golongan wanita berusia 25-40 tahun

Waktu yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bertangas ialah :
* Hari haid ke 6, 7 dan 8
* Seminggu 2-3 kali kecuali ketika datang bulan
* Setiap hari bagi mereka yang mengalami ketumbuhan di dalam rahim (dilakukan sehingga ketumbuhan itu hilang ataupun kecut sendiri)
* Wanita yang berpantang, sangat di galakkan untuk bertangas dari hari ke 30 hingga ke 37







WANITA & SPA : KEPENTINGAN BERTANGAS UNTUK WANITA

Teks : Rozaina Ibrahim 
Foto : Album Srisari Herbs
[Entri : 43]

Pernahkah anda Bertangas?
Jika pernah berapa kalikah kekerapannya?

Pada permulaan akak memulakan bisness SPA, apabila di tanya pada pelanggan tentang bertangas, ramai di antaranya hanya menjawab tidak pernah dan kalau ada yang pernah pun mereka hanya  melakukannya  selepas bersalin.

Akakpun memang tidak ada langsung ilmu tentang kebaikan dan perlunya bertangas bagi wanita sehinggalah akak  mulakan bisness SPA ini, barulah tahu tentang kebaikan dan perlunya kita bertangas.

Bertangas ni seelok-eloknya di lakukan  seminggu selepas haid berhenti.  Di galakkan untuk melakukannya sebulan sekali tetapi kalau rajin tak salah untuk melakukannya beberapa kali sebulan.  Bertangas bukan sahaja elok di lakukan oleh wanita yang sudah berumah-tangga, tetapi anak dara yang mengalami masalah keputihan juga di galakkan untuk bertangas.

Akak kongsikan di sini tentang kebaikan bertangas :
* Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan pada Miss V
* Mengatasi masalah keputihan
* Mengetatkan otot vagina
* Mengetatkan pintu rahim
* Memberi kepuasan pada suami
* Memudakan mahkota wanita itu

Tips DIY Bertangas
* Rebus beberapa helaian daun sireh dan manjakani atau
* Rebus manjakani sahaja atau
* Rebus asam keping atau
* Rebus daun sireh, asam keping, manjakani dan garam kasar atau
* Beli herba tangas yang banyak di jual di toko-toko jamu

Anda boleh memilih salah satu cara air rebusan di atas untuk bertangas di rumah. dan tak perlu ke SPA kerana anda boleh melakukannya mengikut keselesaan masa anda.







Khamis, 27 Ogos 2015

HOMEMADE SPA SOAP

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri ; 42]

HOMEMADE SPA SOAP

Sabun SPA  beraroma sesuai untuk badan bagi melembutkan dan juga melembabkan kulit badan dari pelbagai aroma seperti butterfly, sakura, lavender dan cinnamon.


Harga pasaran : RM 20.00 (termasuk kos pos)


COOL BALM

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri ; 41]

Sakit perut? Pening kepala? Tidak mahu menggunakan minyak angin kerana segan ditegur teman sekeliling kerana berbau minyak? Balm Bunga Sakura & Serai Wangi jawapannya kerana mempunyai haruman aromaterapi yang pasti menyenangkan bila digunakan.

Harga pasaran : Rm 20.00  (termasuk kos pos)

Haruman :
Lemongrass
Sakura 
Lavender
Butterfly fea



LULUR ASAM JAWA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri ; 40]

Ramuanya pati asam jawa dan garam mineral semulajadi sgt baik untk merawat masalah kulit kusam,berpeluh dan berbau..ia juga membantu menurunkn suhu badan dan menghaluskan kulit.

Cara Penggunaan :-
Dilulurkan pada seluruh badan ketika mandi 10-20 minit dan bersihkan.
Amalkan 2 hari sekali untuk kesan yang lebih memuaskan

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan Lulur Asam Jawa Kosmo. Sesuai untuk kulit badan dan wajah.

1) Menghilangkan parut pada badan dan wajah.
Lulur ke kulit wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah dan badan. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori kulit tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.

2) Menghilangkan jerawat.
Lulurkan asam jawa sambil selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan badan dan di tempat jerawat. Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

3) Melembutkan kulit wajah dan badan yang kasar/Haluskan kulit wajah dan badan
Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka dan badan selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari. Pupurkan kepada muka dan wajah yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Harga pasaran : Rm 37.00 (termasuk kos pos)


AROMA MASSAGE OIL - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri ; 39]

MINYAK URUTAN AROMA TERAPI di gunakan bagi meningkatkan kesegaran dan ketenangan pada diri.Kandungan minyak kelapa dara dan aroma dari herba dan bunga sesuai di gunakan selepas melulur badan.

Terdapat dalam 6 jenis aroma :
Susu beras,
English Rose,
Lavender,
Jasmin,
Coconue
Lemongrass

Harga Pasaran : RM 47.00 (termasuk kos pos)


SET RESDUNG - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri : 38]

Set Resdung :
1) Sabun Deviana
2) Herba Dewa
3) Bedak Resung

Ramuan Tradisional Herba untuk merawat jerawat, gatal-gatal muka akibat hama resdung dan menghaluskan kulit yang kasar.


Harga Pasaran : RM 70.00 (termasuk kos pos)


MINYAK AROMATHERAPHY - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri 37]

Minyak Aromatheraphy
RM 37.00 (termasuk harga pos)

Aromaterapi adalah terapi yang menggunakan essential oil dari pati tumbuhan dan bunga yang mengeluarkan aroma untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan,membangkitkan semangat,ghairah,menyegarkan serta menenangkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan.Bau-bauan tersebut mempengaruhi bahagian otak yang berkaitan dengan mood (suasana hati), emosi, ingatan dan pembelajaran. Misalnya dengan menghirup aroma lavender maka akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang membantu kita untuk merasa tenang dan segar.

Selepas melulur kita juga boleh meletakkan minyak Aromatheraphy bagi meningkatkan kesegaran dan ketenangan pada diri. Kandungan minyak kelapa dara dan aroma dari herba dan bunga sesuai di gunakan selepas berlulur.


Terdapat lima wangian Aromatheraphy yang dikeluarkan oleh KOSMO.

Rabu, 26 Ogos 2015

LULUR GARAM SUSU - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri 36]

HARGA : RM 21.90 (Termasuk kos poslaju)

KHASIAT :
Khasiat Mandian Lulur Garam Susu amat baik untuk:
Merawat sel kulit yang bermasalah kerana kandungan Mineral dalam garam susu mampu merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti kudis, gatal-gatal akibat sensitif terhadap persekitaran yang kotor dan gigitan serangga.

Ia juga mampu merawat sel kulit mati, melembutkan kulit, menyingkirkan Toksin, melancarkan perjalanan darah dalam badan serta menyingkirkan bau peluh yang kurang enak.
Mandi susu adalah amalan rutin ratu Mesir iaitu Cleopatra supaya kulitnya putih gebu dan lembut.

CARA GUNA :
Ambil sesudu besar Lulur Garam Susu, tuangkan ke tapak tangan, campurkan sedikit air & urut perlahan-lahan keseluruh badan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih
Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya atau pengawet.

Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit bayi. Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.


SET LULUR KACANG HIJAU - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri 35]

Gel Mandian Susu = RM 12.90 + Lulur Kacang Hijau = RM 15.90
HARGA SET: RM 36 (Termasuk kos Poslaju)

KHASIAT :
Lulur Kacang Hijau mengandungi vitamin A, B1, C dan mineral yang dapat membantu:
Menurunkan suhu panas dalam badan
Melembutkan kulit
Mengecilkan liang roma dan menegangkan kulit.
Gel mandian susu pula telah dibuktikan melalui kajian saintifik menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu.
Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia ialah ia mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. asid ini juga membantu sistem pertahanan badan. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bio-Organic Sodium yang tinggi. Bio-organic Sodium dikenali dalam rawatan naturaphotic sebagai elemen anti-penuaan.

CARA GUNA :
Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Susu kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kacang Hijau, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).
Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan. produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya atau pengawet. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali KULIT BAYI.


SET LULUR REMPAH - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri 34]

Gel  Mandian Zaitun = RM14.90 + Lulur Rempah = RM 15.90
HARGA SET : RM38 (Termasuk kos poslaju)

KHASIAT :
Ramuan Buah Zaitun mampu memberi kelembapan pada kulit serta kaya dengan Vitamin C dan E yang dapat membantu:
Menganjalkan kulit
Melembutkan dan mencerahkan kulit
Menghilangkan parut-parut akibat kudis, gatal-gatal serta kesan luka.
Lulur Sari Rempah pula mengandungi khasiat yang baik untuk:
Melembutkan dan menegangkan kulit,
Menghilangkan bau badan atau peluh yang berbau.
Melancarkan perjalanan darah dan Aroma yang harum untuk mengurangkan tekanan.

CARA GUNA :
Campurkan dua sudu besar Lulur Mandi Sari Rempah dengan cecair mandian herba ekstrak zaitun & kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan. Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya atau pengawet. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali KULIT BAYI.


SET LULUR KOPI - DIY HomeSPA

Teks : Rozaina Ibrahim (Flyers Produk KOSMO)
Foto : Produk KOSMO
[Entri 33]

Gel Mandian Santan Kelapa = RM 12.90 + Lulur Biji Kopi = RM 15.90
HARGA SET = RM36 (Termasuk kos poslaju)

KHASIAT :
Lulur Bijih Kopi mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk:
Menyegarkan badan,
Melembutkan dan memutihkan kulit,
Menghilangkan kesan hitam pada celah peha
Menghilangkan keletihan (stress).
Gel mandian santan kelapa dirumuskan secara semulajadi tanpa bahan kimia berperanan untuk:
Menyingkirkan sel kulit mati
Meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan.
Berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari.
Lulur santan yang mengandungi asid laurik berkesan berkesan merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada jangkitan kuman.

CARA GUNA :
Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Santan Kelapa kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kopi, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).
Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan. produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya atau pengawet. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali KULIT BAYI.





WANITA & SPA - DIY HomeSPA dengan Produk KOSMO

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Produk KOSMO
[Entri 32]


Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, semua wanita nak kelihatan cantik dan menarik.  Semua wanita ingin sentiasa berketerampilan yang menarik setiap masa, namun kadang-kadang terhalang atau terpaksa menguburkan impian tersebut kerana keterbatasan dari segi wang, masa, sukar mendapatkan produk SPA yang sesuai dan mungkin juga kesukaran mendapatkan servis di SPA yang bersesuaian dengan kehendak hati.

Hari ini akak nak kongsi rangkaian Produk SPA dari Kosmo khusus untuk wanita-wanita cantik yang ingin berSPA di rumah sahaja.  Semua harga produk KOSMO adalah sangat berpatutan namun kualitinya seperti bertaraf lima bintang.

Jom kita berspa di rumah dengan produk KOSMO BEAUTY AND SPA yang merupakan 100 % herba tradisional.tidak mengandungi sebarang bahan kimia, wangi dan didatangkan dalam botol-botol yang sangat menarik. Merupakan barangan mampu di miliki dan berspa di rumah juga dapat menjimatkan lagi masa dan wang anda. 

Ada beberapa produk terlaris dari KOSMO seperti :-
# Set lulur kopi & gel santan
# Set lulur rempah + gel mandian zaitun
# set lulur kacang hijau
# Lulur pengantin

Untuk sebarang pertanyaan/pembelian : 019-4763064



BIDARA DAN RAWATAN


Teks : Rozaina Ibrahim
Photo : Album Sri Aura
[Entri 31]

Sukar untuk mendapatkan  Daun Bidara?

Anda sedang menerima rawatan  secara Islam atau traditional?
Menghadapi masalah sukar tidur?
Sering bermimpi yang mengerikan sahaja?
Sering juga  bermimpi terjatuh dari tempat tinggi?
Tiada semangat untuk buat suatu kerja?

Jika anda menghadapi salah satu atau kesemua masalah yang kami nyatakan di atas, kami cadangkan agar anda  mendapatkan pati Cahaya Bidara, yang diperbuat dari pati daun bidara yang di proses.

Kegunaan Pati Cahaya Bidara:-
- sebagai antiseptik membunuh bakteria sekaligus juga sebagai haruman yang dapat menghilangkan bau busuk.

- digunakan untuk rawatan kecantikan kulit dan muka

- Rawatan Syifa' ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Cara penggunaan:
1. 7 titis ke dalam air baldi sebagai mandian bilasan terakhir.
2. 7 titis ke dalam air botol spray sebagai semburan bilik kelamin.
3. Setitis dua di lengan dan gosok kedua-dua  lengan dan sapu pada leher (seperti memakai minyak wangi)

Pati Cahaya Bidara

RM 55 / 10ml (termasuk kos pos)


MANDI BUNGA

Teks : Rozaina Ibrahim
Photo : Album Sri Aura
[Entri 30]

Seringkali bila kita bercakap tentang mandi bunga, pasti di dalam hati terlintas, lecehlah, di mana pula nak cari 7 jenis bunga yang wangi dengan 7 warna yang berbeza.   Selain bunga kena pula di tambah air mawar.

Dahulu, inilah antara perkara-perkara yang perlu dicari sebelum aktiviti mandi bunga dapat dilakukan.

TAPI SEKARANG TIDAK LAGI.. dengan  pati  CAHAYA 7 BUNGA kandungannya terdiri daripada  pati bunga lavender, rose, zaffron, melur, orkid,ylang-ylang dan daisy.

Caranya juga mudah :
Hanya titiskan 3 titis pati Cahaya 7 Bunga ke dalam baldi,  berselawat ke atas nabi dan  beserta iringan doa dan niat yang positif , mandi sebagai bilasan akhir dan biarkan meresap di badan selama 2-3 minit

Anda pasti suka dengan bau wangi dari CAHAYA 7 BUNGA yang  melekat sehinggalah ke malam

Tak  percaya?? 

Cubalah dulu


CAHAYA 7 BUNGA RM 55/10ml (Harga termasuk kos pos)

Selasa, 25 Ogos 2015

TERMA & SYARAT

[Entri 29]

TERMA & SYARAT PEMBELIAN PRODUK SRI AURA SPA

Kepada semua  pelanggan Sri Aura Beauty & SPA yand di kasihi,  anda dinasihatkan untuk memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan/tempahan produk Sri Aura SPA Produk dari kami.

1. Semua produk  yang telah di jual tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan jenis produk  atau kuantiti.

2. Pastikan nama dan kuantiti produk yang diisi pada borang pesanan adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan jenis dan kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan mengisi borang pesanan. Walaubagaimana pun, kami akan mengesahkan pesanan anda terlebih dahulu melalui email atau telefon atau sms atau whatsapp.

3. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan yang baik semasa dipos, oleh itu pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan barang atas apa-apa jua sebab semasa dalam proses penghantaran oleh pihak Perkhidmatan Courier.

4. Kami memerlukan 1-3 hari bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3-5 hari masa berkerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama. Walaubagaimana pun, kami akan memastikan dan mencuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah diterima.

5. Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada:

i. Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai.

ii. Menukarkan dengan produk yang sama harga (akan mendapatkan kebenaran pelanggan terlebih dahulu)

iii. Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai pemilik  dan pengeluar Produk SPA Sri Aura, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.

6. Sila pastikan alamat yang di beri adalah sah dan ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, Pelanggan akan di kehendaki menuntut barang tersebut di pejabat Perkhidmatan Courier yang berkaitan. 

7. Sekiranya pembayaran lebih di buat, baki wang akan di pulangkan semula kepada anda dan akan disertakan semasa pengiriman produk ataupun melalui pemindahan di atas talian.

8. Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang masalah.

9. Sekiranya pembayaran menggunakan Kad Kredit /Debit melalui Paypal, fees Paypal akan dikenakan kepada anda iaitu sebanyak 3.9% + RM2 yang akan di masukkan ke dalam jumlah keseluruhan pembayaran (Fees ini dicaj oleh pihak Paypal dan bukan dari pihak kami).


Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

Jika anda masih mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan bolehlah  hubungi saya di;- 

Facebook : https://www.facebook.com/zanas.house

FB Page : https://www.facebook.com/pages/Sri-Aura-Beauty-SPA/784548491614613?ref=hl

Blog : http://rozainaibrahim.blogspot.com/

Email : pnrozainaibrahim@gmail.com

No. Telefon : 012-5734408/019-4763064 (WA/ SMS/Call)


Sekian, terima kasih kerana menyokong kami. Semoga anda berpuas hati dengan layanan kami.

Catatan Harian : Bertanya Allah Dahulu - 25 Ogos 2015

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Rozaina Ibrahim
[Entri 28]



Alhamdulillah hari ini tinggal beberapa helaian mukasurat sahaja untuk aku selessai  membaca buku ilmiah  hasil tulisan Cik Insyirah Azhar tentang pergantungan sepenuhnya kepada Allah.  Buku bertajuk "Bertaya Allah Dahulu" yang aku cadangkan untuk di miliki oleh semua orang kerana banyak ilmiah yang di kongsi dengan cara penulisan yang santai dan sangat mudah di fahami.  Betapa selama ini aku lebih banyak mengharapkan pergantungan pada manusia.  Selalu memikirkan apa orang kata tapi tak pernah memikirkan apa Allah kata.  Selalu menyangka aku yang bijak dalam mengambil keputusan dan melakukan sesuatu sehingga lupa ada kuasa di atas yang mengizikan segalanya berlaku.  Setiap kali apa yang aku minta melalui doa tidak dikabulkan, hati mula bersangka buruk pada Allah sedangkan Allah itu perencana yang terhebat dan dia maha tahu kenapa dan mengapa sesuatu doa itu tidak dikabulkan atau di lengahkan.  Selama ini telalu banyak nikmat serta rahmat kasih-sayang Allah berikan dan Allah pinjamkan nanum tak pernah pula mengucapkan syukur dan berterima kasih.  Bila di landa masalah, di landa sakit dan kebuntuan barulah Allah menjadi tempat mengadu.  Namun Allah yang maha Pengasih dan Penyayang itu tak pernah melupakan hambanya dan tak pernah mengabaikan hambanya.  Walaupun hambaNya tidak pernah bersyukur dengan segala RahmatNya namun dia tetap memberi dan memberi kerana sikap Allah yang maha pemurah.

Usai pembacaan buku ini hanya satu yang aku harapkan, setiap apa yang ingin dikerjakan walau sekecil apapun tugasan, pilihan atau apa saja aku pasti akan Bertanya Allah Dahulu.  Insya Allah.

Maafkanlah  hambaMu ini Ya Allah.
Terima Kasih Ya Allah



Bisnes MobileSPA: Bermodalkan Serendah RM500.00

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Carian Google
[Entri 27]

Anda berminat dalam bidang kecantikan
Suka membelai diri
Suka juga melihat orang kelihatan cantik
Ada kelebihan mengurut

Nak kami bantu tukarkan Minat itu kepada Menjana Pendapatan
Bekerja 2-3 jam sehari atau di hujung minggu
Memperolehi pendapatan empat angka

Tidak memerlukan  modal yang besar ?
Tidak memerlukan premis
Modal serendah RM500.00
Kami berikan produk SPA
Kami sedia membimbing anda

Hubungi kami melalui 012:5734408/ 019:4763064 (whatsapp/sms/telegram)





Isnin, 24 Ogos 2015

BISNES SPA LUBUK WANG

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Album Simpanan Srisari Herbs
[Entri 26]

SPA TANPA KEDAI ?

Bila bercakap tentang Bisnes  SPA, soalan-soalan  yang pastinya menerjah ke minda anda pastilah; 

# Dimanakah lokasi kedai yang sesuai untuk di sewa
# Berapakah  modal yang  diperlukan, 
# Pasti besar modalnya,  
# Modal besar, aku tak mampu.
# Peralatan dan  hiasan SPA tentunya mahal
# Aku minat tapi aku tak ada pengalaman
# Umur aku ni masih sesuaikah buka bisnes  SPA
# Aku masih bekerja,  bolehkah aku menjalankan bisnes SPA ni
# Aku tak ada keyakinan diri
# Macam mana aku nak dapatkan pelanggan

Jika jawapan anda YA utk semua atau salah satu di atas, kami ada penyelesaiannya dan kami sedia membantu anda kerana kami ada cara mudah denga  modal yang sangat kecil untuk  anda memulakan bisnes SPA Tanpa Kedai


Berminat boleh hubungi 012-5734408 / 019-4763064 (Pn Nani / Pn Ana) untuk keterangan lanjut.


Ahad, 23 Ogos 2015

Catatan Harian ; 22 Ogos 2015 - Jogging Di Kaki Gunung Jerai

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Carian Google - Gurung Jerai
[Entri 25]

Sejak akhir-akhir ini sering mendengar mendapat perkhabaran tentang rakan-rakan yang di uji dengan kesakitan.  Faktor usia dan cara pengambilan pemakanan adalah di antara puncanya.  Apabila sering mendapat perkhabaran begitu, pastilah hati menjadi risau,  sesuatu harus di lakukan, harus berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Tiba-tiba idea spontan datang memandangkan rumah aku hanyalah dalam jarak 15 minit sahaja ke kaki Gunung Jera.  Lagipun  aku bercuti hujung-minggu, manakala  si suami masih bercuti panjang, si putera pula  masih dalam cuti  semester dan si puteri memang tidak bersekolah pada hari Sabtu  maka seawal jam 7:15 pagi kami telah bertolak ke Gunung Jerai untuk berjogging.    Lazimnya ramai yang berjogging mendaki Gunung Jerai anggaran satu hingga lima kilometer, bergantung kepada tahap kecergasan individu.  Sesampai di kaki Gunung Jerai kami lihat dah banyak kereta yang sudah di letakkan di tempat letak kereta.  Kami juga melakukan yang sama, letak kereta di tempat letak kereta dan mula berjalan kaki mendaki.  Dalam hati berdoa semoga Allah mempermudahkan bagi aku kerana maklumlah dah berabad-abad lamanya tak pernah beriadah apatah lagi berjogging.  Si putera mulalah menunjukkan tahap kecergasan yang tinggi dengan berlari mendaki  Gunung, manakala aku, si suami dan si puteri hanya berjalan perlahan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Pemandangan yang menghijau, bunyian unggas dan cengkerik serta udara yang segar, sejuk  dan nyamam sungguh mendamaikan.  Subhanallah sungguh indah ciptaanMu Ya Allah. Selain menikmatai keindahan ciptaan Allah, badan berpeluh-peluh dan badan tersangat letih, maklumlah sebab tak pernah bersenam namun di hati berbunga-bunga bahagia kerana mendapat ruang bersantai bersama suami dan anak-anak terssayang.  Syukur Ya Allah.  Terima kasih Ya Allah.

Gunung Jerai memang satu-satunya gunung yang terletak di negeri Kedah dan gunung  kebanggaan rakyat Negeri Kedah.

[Maaf tidak dapat berkongsi gambar sewaktu jogging kerana masalah teknikal pada handphone]







PROMOSI : ISTIMEWA MERDEKA

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Album Sri Aura
[Entri 24]





Semperna sambutan MERDEKA kami di SRI AURA BEAUTY & SPA menawarkan harga menarik bagi rawatan

. FACIAL 
.. RESDUNG CORONG
... SAUNA HERBA & RENDAMAN KAKI

hanya RM18..RM18..RM18

Dapatkan temujanji anda sekarang.. Promosi sehingga 16.9.2015

Puan Nani
Terapi SRI AURA BEAUTY & SPA
F14,Tingkat 1
SP Plaza

0125734408

GARAM MANDIAN AROMATHERAPHY

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Album Sri Aura 
[Entri 23]


MANDIAN GARAM BUKIT AROMATHERAPHY SRI AURA

ROSE.LOVE.BATH
LAVENDER.LOVE.BATH

Garam bukit 100% asli digabungkan bersama titisan aromatheraphy yg baik untuk tubuh dan minda.
Kebaikan mandian garam bukit aromatherapy..

.. memberikan tenaga, kekuatan, data tarikan serta mampu memberikan gelombang positif kepada si
   pengguna
.. mewangikan serta membersihkan tubuh badan

.. boleh digunakan untuk mandi atau lulur badan bagi menanggalkan sel kulit mati

Khamis, 20 Ogos 2015

Info Kecantikan Wanita

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Album Sri Aura
[Entri 22]

Kongsi Tips Kecantikan Yang Anda Perlu Tahu.


Rawatan berikut terdapat di SPA & MobileSPA kami


Sri Aura Beauty & SPA

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Profile FB
[Entri 21]

Kami, Kak Ana & Kak Nani adalah pemilik Sri Aura Spa & Beauty dan Pengasas Produk Homemade DIY SPA & Mandian Aroma.

Kami menawarkan Servis Budget SPA, Produk DIY Homemade SPA & Mandian Aroma pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

==
Kenapa kami ?
==

Kerana kami sayangkan anda semua wanita-wanita hebat yang sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesihatan keluarga melebihi diri anda sendiri. Kami ingin untuk membantu anda tampil cantik, anggun, segar, gebu, mulus dan sihat di mata orang tersayang dan suami tercinta.
Kami menawarkan servis SPA pada harga budget agar anda juga mampu untuk merasai peluang memanjakan diri dan di belai bagai Permaisuri di SPA kami pada budget kemampuan anda. Selain itu kami juga mempunyai produk-produk homemade DIY SPA yang membolehkan anda memanjakan diri dan juga keluarga pada waktu-waktu terluang hanya di rumah, namun hasilnya sama seperti anda berSPA di SPA mewah.

Untuk memudahkan anda, kami juga ada menawarkan servis MobileSPA, kami ke tempat anda pada waktu yang anda tetapkan dan kami hanya mengenakan caj petrol yang minimal.
Kami juga menawarkan kelas-kelas basic SPA kepada mereka yang berminat untuk memulakan business HomeSPA atau MobileSPA yang menjaminkan pendapatan yang lumayan walaupun hanya di lakukan secara part-time sahaja.

==
Bagaimana Mendapatkan Servis & Produk dari kami ?
==

Untuk mendapat servis SPA, membelai diri anda dari hujung rambut ke hujung kaki, dapatkan temujanji anda dengan menghubungi :

# 012-5734408 ( Pn Nani - Terapist SPA) atau

# Walk-in ke SPA kami di alamat
Sri Aura Beauty & SPA
F-14, Tingkat 1 (Berhampiran Pintu Masuk Utama Pasaraya
The Store di Tingkat 1)
Komplek SP Plaza
Sg Petani, Kedah

# Secara online melalui pm ke FB berikut
https://www.facebook.com/pages/Sri-Aura-Beauty-SPA/784548491614613?ref=hl


whatsapp : 019-4763064 /012-5734408 (untuk mendapatkan produk secara online)

# COD – whatsapp 012-5734408 atau 019-4763064

Kawasan Sg Petani, Bedong, Gurun dan sekitarnya

LULUR HALIA


Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Album Simpanan Srisari Herbs
[ Entri 20 ]

ANGIN BERLEBIHAN PUNCA BADAN LESU TAK BERMAYA

Kita biasa mendengar ahli keluarga atau rakan sekeliling mengadu mengalami masalah angin berlebihan dalam badan. Badan cepat penat, lenguh lenguh, badan rasa berat dan malas untuk bergerak, usik sikit mana mana bahagian sendawa angin kuat dan perut rasa sebu. Perkara ini selalu terjadi kan? Sememangnya masalah ini adalah normal kerana ianya sebahagian dari proses pencernaa.

Halia membantu membuang agin berlebihan secara tradisionalnya sejak turun temurun. Halia membantu memcahkan lemak dalam badan dan sering kali kita lihat kaum wanita jadikan halia sebagai minuman atau ulam kegemaran. Kerana khasiatnya yang sangat menakjubkan.

Selain penggunaan minyak panas, skrub halia juga membantu membuang angin berlebihan selain memecahkan lemak dalam badan. Badan rasa lebih ringan, bertenaga, segar dan semangatsepanjang hari. Penggunaan kerap membantu memberi kesan lebih efektif kepada pemakai.
pm utk mendapatkan produk






Tips : TERAPI AIS UNTUK KAKI

Teks : Rozaina Ibrahim
Foto : Album produk Srisari Herbs
[Entri 19]

Ramai yang terlupa perihal kaki.  Kaki yang melangkah ke sana sini tanpa mengira penat kadang kala perlu juga dibelai dan dimanja. Ke sana sini shopping raya untuk keluarga dan diri sendiri balik rumah mengeluh kaki penat, melecet dan sebagainya. apa kata try terapi ais utk melegakan kaki anda.

# Dimulakan dengan rendam kaki dgn Cooling Foot Salt & Ais (15-20 minit),
# Scrub keliling kaki hingga ke buku lali.
# Kemudian sapukan Massage Oil untuk dapatkan kulit yang halus

Selamat Mencuba